Tanda Anak Mungkin Perlukan Occupational Therapy
Setiap kanak-kanak berkembang pada kadar berbeza. Tetapi jika anak menunjukkan beberapa tanda ini, mungkin mereka memerlukan sokongan tambahan.
Anak Sukar Fokus
Anak mudah hilang perhatian semasa aktiviti atau pembelajaran.
Motor Halus Lemah
Sukar pegang pensil, menggunakan gunting, atau menulis dengan kemas.
Koordinasi Lemah
Kerap jatuh, sukar melompat, atau mempunyai masalah keseimbangan badan.
Sukar Berdikari
Masih memerlukan bantuan untuk aktiviti asas seperti makan atau memakai pakaian.
Apa Yang Dinilai Semasa Penilaian?
Semasa sesi penilaian, Occupational Therapist akan melihat beberapa aspek perkembangan anak seperti:
-
Kemahiran motor halus & kasar
-
Koordinasi & keseimbangan badan
-
Kemahiran bermain & berdikari (self-help)
-
Keupayaan fokus & mengikuti arahan
Hasil Penilaian
Penilaian ini membantu therapist memahami kekuatan anak, cabaran yang dihadapi, dan menyusun cadangan intervensi yang paling sesuai.
Bagaimana Occupational Therapy Membantu Anak
Occupational Therapy membantu anak membina kemahiran yang penting untuk kehidupan harian dan pembelajaran.
Motor Skills
Melatih koordinasi tangan dan badan untuk kelancaran pergerakan fizikal.
Sensory Processing
Membantu anak memahami dan mengawal respon terhadap rangsangan persekitaran.
Focus & Attention
Meningkatkan keupayaan anak memberi perhatian sepenuhnya dalam aktiviti.
Self Help Skills
Mengajar kemahiran berdikari seperti makan, berpakaian dan pengurusan rutin harian.
Kenapa Ramai Ibu Bapa Pilih Kizzu Kids?
Soalan Lazim Tentang Occupational Therapy
Jawapan ringkas untuk ibu bapa yang ingin memahami sokongan occupational therapy.
Apa itu occupational therapy untuk kanak-kanak?
Occupational therapy membantu anak membina kemahiran harian seperti fokus, koordinasi, motor halus, sensory regulation dan berdikari.
Bila anak mungkin perlukan occupational therapy?
Anak mungkin memerlukan sokongan jika sukar fokus, sukar menulis, kerap jatuh, sensitif kepada rangsangan, atau masih memerlukan bantuan dalam rutin harian.
Apa yang dinilai sebelum terapi bermula?
Therapist akan melihat motor halus, motor kasar, koordinasi, sensory processing, self-help skills, fokus dan keupayaan mengikut arahan.
Di mana Kizzu Kids menyediakan occupational therapy?
Kizzu Kids mempunyai lokasi di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya. Ibu bapa boleh hubungi pasukan kami untuk cadangan lokasi yang sesuai.