Risau Anak Tunjukkan Tanda Autism?

Autism adalah keadaan perkembangan yang boleh mempengaruhi komunikasi, interaksi sosial, tingkah laku, serta cara anak bermain dan belajar. Dengan intervensi awal, ramai kanak-kanak boleh belajar kemahiran penting untuk perkembangan mereka.

Di Kizzu Kids, kami membantu ibu bapa memahami perkembangan anak melalui penilaian dan program intervensi yang sesuai. Jika risau tentang perkembangan anak, langkah pertama adalah membuat penilaian perkembangan.

Tanda Awal Autism Pada Kanak-Kanak

Tanda autism boleh berbeza bagi setiap anak. Namun beberapa tanda awal ini sering diperhatikan.

Komunikasi Terhad

Lambat bercakap, kurang menggunakan perkataan, atau tidak guna bahasa untuk berkomunikasi.

Kurang Respon

Tidak memberi respon apabila nama dipanggil dan jarang membuat 'eye contact' dengan orang lain.

Suka Bermain Sendiri

Anak kurang menunjukkan minat untuk bermain bersama atau berinteraksi dengan orang lain.

Tingkah Laku Berulang

Suka menggerakkan tangan berulang kali, menyusun objek, atau melakukan rutin tertentu.

Apa Yang Dinilai Semasa Penilaian?

Semasa sesi penilaian, therapist akan melihat beberapa aspek perkembangan anak seperti:

  • Kemahiran komunikasi & interaksi sosial
  • Respon terhadap panggilan dan arahan
  • Tingkah laku, minat & corak bermain
  • 'Eye contact' dan tahap tumpuan anak

Hasil Penilaian

Penilaian ini membantu therapist menjelaskan keadaan perkembangan anak, kemahiran yang perlu dibantu, dan merangka intervensi yang paling sesuai.

Bagaimana Intervensi Membantu Anak Autism

Program intervensi bertujuan membantu anak membina kemahiran penting untuk perkembangan mereka.

Kemahiran Komunikasi

Membantu anak belajar cara menyampaikan mesej dan berkomunikasi dengan lebih efektif.

Interaksi Sosial

Menggalakkan anak belajar bermain bersama, mengambil giliran, dan berinteraksi dengan orang lain.

Tingkah Laku & Emosi

Membantu anak memahami situasi sekeliling dan belajar cara mengawal tindak balas emosi.

Bermain & Belajar

Menggunakan aktiviti bermain secara berstruktur untuk menyokong perkembangan pembelajaran anak.

Kenapa Ramai Ibu Bapa Pilih Kizzu Kids?

Therapist Berpengalaman
Program Berstruktur
Persekitaran Mesra Kanak-kanak
Fokus Kemahiran Praktikal

Soalan Lazim Tentang Autism Therapy

Maklumat ringkas untuk ibu bapa yang risau tentang tanda autism atau kelewatan perkembangan.

Apakah tanda awal autism pada kanak-kanak?

Tanda awal boleh termasuk komunikasi terhad, kurang respon apabila dipanggil, kurang eye contact, suka bermain sendiri, tingkah laku berulang atau sukar berinteraksi.

Adakah Kizzu Kids membuat diagnosis autism?

Kizzu Kids membantu melalui screening, penilaian perkembangan dan cadangan intervensi. Diagnosis mungkin memerlukan penilaian profesional klinikal atau perubatan mengikut keadaan anak.

Bagaimana intervensi boleh membantu anak autism?

Intervensi boleh membantu komunikasi, interaksi sosial, bermain, pembelajaran awal, regulasi emosi dan kemahiran harian secara berperingkat.

Apakah langkah pertama jika ibu bapa risau?

Langkah pertama ialah mendapatkan screening atau penilaian perkembangan supaya pasukan boleh memahami profil anak dan mencadangkan laluan intervensi yang sesuai.

Langkah Pertama Untuk Memahami Perkembangan Anak

Jika ibu bapa risau anak menunjukkan tanda autism atau kelewatan perkembangan, langkah pertama adalah mendapatkan penilaian. Kami sedia membantu menjelaskan keadaan anak dan mencadangkan intervensi yang bersesuaian.

Tanya Tentang Penilaian Anak