Tanda Awal Autism Pada Kanak-Kanak
Tanda autism boleh berbeza bagi setiap anak. Namun beberapa tanda awal ini sering diperhatikan.
Komunikasi Terhad
Lambat bercakap, kurang menggunakan perkataan, atau tidak guna bahasa untuk berkomunikasi.
Kurang Respon
Tidak memberi respon apabila nama dipanggil dan jarang membuat 'eye contact' dengan orang lain.
Suka Bermain Sendiri
Anak kurang menunjukkan minat untuk bermain bersama atau berinteraksi dengan orang lain.
Tingkah Laku Berulang
Suka menggerakkan tangan berulang kali, menyusun objek, atau melakukan rutin tertentu.
Apa Yang Dinilai Semasa Penilaian?
Semasa sesi penilaian, therapist akan melihat beberapa aspek perkembangan anak seperti:
-
Kemahiran komunikasi & interaksi sosial
-
Respon terhadap panggilan dan arahan
-
Tingkah laku, minat & corak bermain
-
'Eye contact' dan tahap tumpuan anak
Hasil Penilaian
Penilaian ini membantu therapist menjelaskan keadaan perkembangan anak, kemahiran yang perlu dibantu, dan merangka intervensi yang paling sesuai.
Bagaimana Intervensi Membantu Anak Autism
Program intervensi bertujuan membantu anak membina kemahiran penting untuk perkembangan mereka.
Kemahiran Komunikasi
Membantu anak belajar cara menyampaikan mesej dan berkomunikasi dengan lebih efektif.
Interaksi Sosial
Menggalakkan anak belajar bermain bersama, mengambil giliran, dan berinteraksi dengan orang lain.
Tingkah Laku & Emosi
Membantu anak memahami situasi sekeliling dan belajar cara mengawal tindak balas emosi.
Bermain & Belajar
Menggunakan aktiviti bermain secara berstruktur untuk menyokong perkembangan pembelajaran anak.
Kenapa Ramai Ibu Bapa Pilih Kizzu Kids?
Soalan Lazim Tentang Autism Therapy
Maklumat ringkas untuk ibu bapa yang risau tentang tanda autism atau kelewatan perkembangan.
Apakah tanda awal autism pada kanak-kanak?
Tanda awal boleh termasuk komunikasi terhad, kurang respon apabila dipanggil, kurang eye contact, suka bermain sendiri, tingkah laku berulang atau sukar berinteraksi.
Adakah Kizzu Kids membuat diagnosis autism?
Kizzu Kids membantu melalui screening, penilaian perkembangan dan cadangan intervensi. Diagnosis mungkin memerlukan penilaian profesional klinikal atau perubatan mengikut keadaan anak.
Bagaimana intervensi boleh membantu anak autism?
Intervensi boleh membantu komunikasi, interaksi sosial, bermain, pembelajaran awal, regulasi emosi dan kemahiran harian secara berperingkat.
Apakah langkah pertama jika ibu bapa risau?
Langkah pertama ialah mendapatkan screening atau penilaian perkembangan supaya pasukan boleh memahami profil anak dan mencadangkan laluan intervensi yang sesuai.