Apa Itu Social Communication?
Kanak-kanak juga perlu belajar bagaimana menggunakan komunikasi dalam situasi sosial seperti:
-
Memulakan perbualan
-
Memahami giliran semasa bercakap
-
Memahami ekspresi muka dan emosi
-
Berinteraksi semasa bermain
Penting Tahu
Kemahiran ini dikenali sebagai social communication skills. Sesetengah kanak-kanak memerlukan sokongan tambahan untuk membina kemahiran ini.
Tanda Anak Mungkin Mengalami Masalah Social Communication
Sukar Mula Perbualan
Anak jarang memulakan komunikasi dengan orang lain.
Aliran Perbualan
Sukar memahami cara perbualan dua hala berlaku.
Sukar Faham Emosi
Tidak memahami ekspresi muka atau emosi orang lain.
Sukar Bermain
Tidak tahu bagaimana untuk menyertai aktiviti bermain bersama.
Bagaimana Intervensi Membantu Anak
Komunikasi Sosial
Belajar cara menggunakan komunikasi dalam situasi sosial.
Kemahiran Interaksi
Melatih anak memahami cara berinteraksi dengan betul.
Bermain Bersama
Menggalakkan anak belajar bermain dengan rakan sebaya.
Respon Sosial
Membantu anak mengenal emosi dan respon sosial yang sesuai.
Siapa Yang Mengendalikan Program Ini?
Semua sesi dipantau oleh therapist yang berpengalaman dalam perkembangan kanak-kanak.
Kenapa Ramai Ibu Bapa Pilih Kizzu Kids?
Soalan Lazim Tentang Social Communication
Jawapan ringkas untuk ibu bapa yang ingin memahami cabaran komunikasi sosial anak.
Apa itu social communication intervention?
Intervensi ini membantu anak menggunakan komunikasi dalam situasi sosial seperti memulakan perbualan, mengambil giliran dan memahami emosi.
Siapa yang mungkin perlukan intervensi ini?
Anak mungkin memerlukan sokongan jika sukar memulakan perbualan, memahami interaksi dua hala, menyertai permainan bersama atau membaca ekspresi emosi.
Adakah intervensi ini hanya untuk anak autism?
Tidak. Ia juga boleh membantu kanak-kanak dengan cabaran bahasa, komunikasi sosial atau interaksi rakan sebaya.
Apakah langkah pertama di Kizzu Kids?
Langkah pertama biasanya ialah screening atau penilaian perkembangan untuk memahami keperluan anak dan menentukan sokongan yang sesuai.